Wednesday, December 1, 2010

Cuti sekejap...

Hari ini saya nak cuti sebentar bercerita tentang kolam dan ikan. dalam blog ni say anak cerita hari ini berkaitan pembikinan cerita dalam bentuk DVD.

Nak di katakan profesional tuh tak delah.. tapi saya cuba mencipta sesuatu itu dari ilmu yang dapat dari Tuhan. semuanya ini ada kaitannya dengan nikmat Tuhan yang luas yang susah kita nak kira.

Dalam menyiapkan sebuah DVD cerita anda sendiri, tak kiralah cerita itu berkaitan apa yang penting janganlah cerita PORNO yang anda DVD kan.

Dan dalam membikin filim, anda perlu ada aset terpenting iaitu Video kamera. canggih? itu bukan modal untuk sesebuah filem itu bermutu. Sepanjang pengaamatan saya dalam bidang ini, skill, penceritaan, fokus, subjek antara faktor utama sesebuah DVD itu jadi menarik. malah video melalui telepon bimbit anda juga boleh jadi menarik sekiranya faktor diatas tadi diambil kira.

setelah itu, anda perlu jalan cerita filem anda. saya diberikan peluang 3 tahun merakamkan aksi anak2 pra sekolah sempena konvokesyen dan hari sukan. pengalaman tersebut saya gunakan untuk mempertingkatkan dan mengkaji keberkesanan study saya.

kemudian sebuah komputer yang berkapasiti besar. saya menggunakan Macbook Pro yang dibeli tahun lepas dan menggunakan perisian Imovie yg terdapat dalam nya. selain Imovie, IDVD dan toaster juga digunakan sebagai perisian sampingan. dalam pembikinan saya menggunakan Imovie selama ini tidak ada masalah , tapi menggunakan IDVD ini terkadang tesangkut-sangkut. kenapa? itu saya masih mengkajinya lagi.

dan seterusnya anda perlukan sekeping DVD-R / RW untuk bakar dalam DVD tersebut filem yang anda telah edit sempurna. disamping itu sediakan lah label untuk DVD anda.
sekian.... untuk hari ini

No comments:

Post a Comment