Monday, November 29, 2010

Ziarah MAHA 2010

Berkesempatan cuti hujung minggu, saya melapangkan masa untuk melawat MAHA 2010 di Serdang.

Tujuannya hanya nak menyelidik dan mencedok ilmu dari pakar penternak yang ada disana. Saya melawat di kem perikanan yang berhampiran dengan rumah negeri. namun hampa, tiada apa yang menarik disana. tiada wakil penternak hanya yang ada tong kosong yang masih baru nak diisi ikan... yang banyak ikan pelaga..... ku pulang hampa dapa 27 Nov 2010.

Semalam 29 Nov, akibat tak puashati pada lawatan 27 Nov, saya melawat lagi ke MAHA kot dengan niat dah ada ah wakil penternak..... sekali lagi saya hampa... yang ade khemah kosong...

Apa sudah jadi dengan MAHA kali ini?

Mana yang gah nya dengan pameran nih... yang betul meriah kot di dewan utama saje.... yang itu saya tak minat... kerna yang itu, bak perabis duit jer... tak menyumbang kepada pembangunan ilmu dan ekonomi... apalah. HUH

baik balik kaji ikan yang sediaada dikolam.

Bila difikirkan semula, apa yang berlaku 2 hari tersebut, serasanya baik saya mengkaji ikan atau kehidupan alam ini melalui Al Quran kerna disana terdapat kebenaran yang tidak boleh disangkal.

BUKAN SEKADAR PROMOSI, malah Al Quran sebenarnya jawapan segala kemusykilan kita terhadap apa yang telah kita usahakan.

Tak caya cari lah & kajilah sedalamnya AL QURAN ini.... pasti kamu ketemu jawapannya.

Saya akan masukkan terjemahan firman Allah kelak berkaitan penciptaan ikan dengan kuasa Allah. Ikan terbit dari bumi.

Monday, November 22, 2010

Benih Ikan



Kolam ikan yang telah sedia yakni yang telah menjalani tempoh bertenang 2-3 minggu amat sesuai untuk digunakan bagi tujuan memasukkan benih ikan baru.

Bagi kolam ikan saya ini, proses bertenang telah dilakukan sebelum ini.

Pada 21 Nov 2010 , saya telah bersiar-siar di Shah Alam mencari benih yang sesuai untuk kolam yang telah sedia.

Antara benih ikan yang sempat dibeli ialah seperti berikut:

1- Pacu saiz 2 inci RM 1.50
2- Kelah Merah saiz 2 inci RM 1.50
3- Lampam Sungai saiz 2 inci RM 0.60

Seterusnya jam 6.30 petang, proses kemasukan ikan baru telah dilaksanakan

Penjagaan



Kolan ikan perlu diawasi dan dilindungi setiap masa mengikut kemampuan kita, selebihnya kita berserah pada Tuhan.

Persekitaran kolam ikan saya memiliki sebuah rumah (rumah saya) untuk saya berehat dan menjalankan aktiviti dalam rumah.

Selain itu, perlindungan oleh pokok akan kolam ikan amat membantu kolam dari panahan terik matahari. Pokok-pokok ini membuat suasana redup dan berangin sesuai untuk kita menjalankan aktiviti luar rumah bersama keluarga seperti, main buaian pokok, minum air kelapa muda, bersuaikenal dengan jiran tetangga, memerhati keindahan alam ciptaan Tuhan disamping berfikir

Tempoh bertenang



Bagi kondisi kolam tanah yang bersumber air mata air saya ini, saya menetapkan 2-3 minggu tempoh bertenang bagi air.

Tempoh ini diperlukan bagi apa-apa tindakbalas antara air & tanah yang baru ini agar sesuai bagi ikan atau ternakan yang akan menghuni kolam ini.

Air mata air adalah bersifat jernih dan beralkali tinggi dan ianya sumber air yang paling baik anugerah Allah. maka itu, kita tak perlulah untuk menambahkan bahan kimia air bagi tujuan merawat. kalau silap percaturan , air makin tidak sesuai untuk kemasukan ikan.

Pengenalan



Untuk membina sesebuah kolam ikan, kita memerlukan sebidang tanah yang luas sekurang-kurangnya 20 kaki x 10 kaki yakni cukup untuk memternak 500 ekor ikan.

Perkara lain yang perlu diambilberat ialah sumber air kolam tersebut samada sumber asal kejadian Tuhan yakni AIR MATA AIR atau air tambahan sumber paip.Kebiasaaannya kolam tanah ini datang pakej dengan air mata air ini tergantung kawasan anda.

Bagi kawasan tempat saya, dengan mengupah sebuah jengkaut berharga RM350/hari, dengan kedalam kolam 4-5 kaki, maka terpancarlah air mata air dari bawah tanah. Alhamdulillah rezeki Tuhan.