Thursday, December 2, 2010

Anak Ikan

Kali ini saya buat kelainan sedikit untuk kolam ikan ini. kebetulan pulak ade setandan pisang cauvenish dalam bahasa sains nya kalau melayu Pisang Amben / Ambon yg seminggu tepaksa ditebang.

Pokok ini telah patah batangnya setelah pisang yang berat hampir 30 kg ni dibelai selama lebih 3 bulan. saya dah tongkat tapi patah pulak di bahagian yang saya tongkat itu. kebetulan sejak musim basah ini, angin bertiup kuat. kiranya banyak juga pokok pisang yang patah. Rugi tu takde lah terasa sangat , Allah lebih tahu apa yang kita tidak ketahui. Cumanya saya perlu lebih kreatif pendekatannya bagi menangani pisang yg terpaksa di petik sebelum sampai waktunya.

Buat kerepek boleh, salai boleh, bagi makan ikan boleh.... opssss bagi makan ikan?

Inilah yang saya nak ketengahkan disini. Memberi ikan makan pisang sebagai alternatif bagi palet atau roti.

1st, saya tabur roti yang dah expired kemudian campakkan sikit kulit pisang kemudian campakkan juga pisang setelah diceraikan / lumatkan.

Sambil asyik memberikan ikan makan pisang, mata saya tertarik dengan buih-buih yg timbul dari kolam. makin diamati makin menarik minat saya mengetahui buih apa itu.

Alangkah bersyukurnya saya bila saya mendekatinya rupanya ialah buih hasil dari anak-anak ikan yang meriah sedang bermain. warna merah emas.... ikan apa ya?

lebih sejam jugaah saya asyik melayani mata saya dengan rasa syukur akan kehadiran ikan itu. disamping itu, saya juga terfikirkan akan sangkar pemisah bagi anak ikan itu agar tidak menjadi mangsa ikan besar.

Ikan haruan? dalam kelompok permainan anak ikan itu terdapat seekor ikan haruan yang sebesar lengan kanak-kanak sekolah rendah. Mungkin kah ini anak ikan haruan?

Haruan kan makan anak?.........

Wednesday, December 1, 2010

Cuti sekejap...

Hari ini saya nak cuti sebentar bercerita tentang kolam dan ikan. dalam blog ni say anak cerita hari ini berkaitan pembikinan cerita dalam bentuk DVD.

Nak di katakan profesional tuh tak delah.. tapi saya cuba mencipta sesuatu itu dari ilmu yang dapat dari Tuhan. semuanya ini ada kaitannya dengan nikmat Tuhan yang luas yang susah kita nak kira.

Dalam menyiapkan sebuah DVD cerita anda sendiri, tak kiralah cerita itu berkaitan apa yang penting janganlah cerita PORNO yang anda DVD kan.

Dan dalam membikin filim, anda perlu ada aset terpenting iaitu Video kamera. canggih? itu bukan modal untuk sesebuah filem itu bermutu. Sepanjang pengaamatan saya dalam bidang ini, skill, penceritaan, fokus, subjek antara faktor utama sesebuah DVD itu jadi menarik. malah video melalui telepon bimbit anda juga boleh jadi menarik sekiranya faktor diatas tadi diambil kira.

setelah itu, anda perlu jalan cerita filem anda. saya diberikan peluang 3 tahun merakamkan aksi anak2 pra sekolah sempena konvokesyen dan hari sukan. pengalaman tersebut saya gunakan untuk mempertingkatkan dan mengkaji keberkesanan study saya.

kemudian sebuah komputer yang berkapasiti besar. saya menggunakan Macbook Pro yang dibeli tahun lepas dan menggunakan perisian Imovie yg terdapat dalam nya. selain Imovie, IDVD dan toaster juga digunakan sebagai perisian sampingan. dalam pembikinan saya menggunakan Imovie selama ini tidak ada masalah , tapi menggunakan IDVD ini terkadang tesangkut-sangkut. kenapa? itu saya masih mengkajinya lagi.

dan seterusnya anda perlukan sekeping DVD-R / RW untuk bakar dalam DVD tersebut filem yang anda telah edit sempurna. disamping itu sediakan lah label untuk DVD anda.
sekian.... untuk hari ini